RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Mikropengajaran)

Mata Pelajaran                      : Pendidikan Islam
Kelas                                       : 5 Jaya
Tarikh                                    : 03 Oktober 2011
Bilangan Murid                     : 30 orang
Masa                                       : 30 minit
Tajuk                                      : Solat Berjemaah
Sub Tajuk                              : Pengertian Solat Berjemaah dan Hukum Solat Berjemaah
Objektif Umum                     : Murid dapat menyatakan pengertian Solat Berjemaah dan
                                                  menyebut hukum Solat Berjemaah
Objektif Khusus                    : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat ;
Aras 1
Murid dapat menyebut kalimah atau perkataan Solat Berjemaah.
Aras 2
Murid dapat menyebut hukum Solat Berjemaah dengan betul.
Aras 3
Murid dapat  menyatakan pengertian Solat Berjemaah.
Pengetahuan Sedia Ada          : Murid telah pun mengerjakan solat berjemaah semasa kelas KAFA.
Penggabungjalinan                 : Akidah dan Akhlak
Penyerapan                             : Bahasa Melayu, Matematik,  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan                                                               
Penerapan Nilai                      : Patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati dan bekerjasama
Kemahiran Berfikir               : Menjana Idea, mengingat, memahami
BBM                                        : Gambar, Carta dan Kad Perkataan           

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
                                    i)  set induksi
                                    ii)  aktiviti   : soal jawab – penggunaan alat bantu – penggunaan papan
         putih – pengukuhan – lembaran kerja
                                    iii) penutup : nasyid, kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran
           

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran :
Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti / Langkah 1
Penerangan
( 10 minit )
-          Guru dan murid-murid berbincang berkenaan dengan maksud Solat Berjemaah.

-          Guru meminta semua murid membaca teks yang tertulis di carta iaitu maksud Solat Berjemaah.

-          Guru meminta seorang murid membaca dengan jelas maksud Solat Berjemaah.

-          Guru memberi penerangan tentang maksud Solat Berjemaah dengan lebih terperinci dan hukum Solat Berjemaah berpandukan Kad Kalimah atau Kad Perkataan.
Kemahiran Berfikir :
- Menjana Idea
Teknik :
- Soal jawab
- Syarahan
BBM :
- Carta
- Kad Perkataan
Nilai :
- patuh pada arahan
- memberi perhatian
- menghormati
- bekerjasama


Penerangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran :
Masa
Pelaksanaan aktiviti

Minit 1- 2

-          Guru meminta semua murid memberi perhatian kepada tajuk (Solat Berjemaah).
-          Guru memberi arahan supaya semua murid menyebut tajuk yang akan dipelajari berdasarkan kad kalimah yang dipamerkan oleh guru di papan putih..


Minit 3 - 10

-          Guru meminta semua murid membaca teks yang tertulis di carta iaitu Maksud atau Pengertian Solat Berjemaah..
-          Guru meminta seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan membaca dengan jelas dan terang maksud Solat Berjemaah.
-          Guru memberi arahan supaya semua murid  mendengar dengan teliti penerangan guru maksud Solat Berjemaah.
-          Guru bersoal jawab dengan murid.
-          Guru meminta semua murid sekali lagi membaca kad kalimah yang dipamerkan iaitu Hukum Solat Berjemaah.







RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Makropengajaran)

Mata Pelajaran          : Pendidikan Islam
Kelas                          : 5 Jaya
Tarikh                          : 03 November 2011
Bilangan Murid          : 35 orang
Masa                          : 30 minit
Tajuk                           : Tayammum
Sub Tajuk                   : Cara-cara Bertayammum
Objektif Umum          : Murid dapat menyebut dan melaksanakan cara-cara bertayammum
Objektif Khusus         : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat ;
                                      Aras 1
  Murid dapat menyebut cara-cara bertayammum
  Aras 2
  Murid dapat menunjukkan cara-cara bertayammum
  Aras 3
  Murid dapat  menyusun semula cara-cara bertayammum
Pengetahuan Sedia
Ada                              : Murid telah pun mengetahui pengertian tayammum dan sebab-sebab      
   mengharuskan tayammum
Penggabungjalinan    : Akidah dan Akhlak
Penyerapa                  : Bahasa Melayu, Matematik dan Pendidikan Jasmani dan    
                                       Kesihatan                                                               
Penerapan Nilai          : Kebersihan, bertanggungjawab, bekerjasama dan berdisiplin
Kemahiran Berfikir     : Menjana Idea, Menyusun Gambar mengikut urutan


BBM                            : Microsof Power Point , Carta, Kad Perkataan dan Benda Maujud (tanah  
   dan air)                                                       

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
                                    i)  set induksi
                                    ii)  aktiviti   : soal jawab – penggunaan alat bantu – penggunaan papan
         putih – slaid (power point) - pengukuhan – lembaran kerja
                                    iii) penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran
           
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran :

Langkah

Isi Pengajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Pendahuluan
( 2 minit )

Doa pagi

Murid membaca doa beramai-ramai

Tujuan :
Untuk memohon keberkatan


Set Induksi
( 3 minit )

Refleksi tentang pelajaran lepas iaitu pengertian tayammun, alat untuk bertayammun dan sebab-sebab mengharuskan tayammum

1. Murid diminta menerangkan menyatakan apa benda yang ditunjukkan oleh guru?

2. Murid telah diminta menyatakan apakah yang perlu dilakukan apabila air tiada?

3. Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini.


Kemahiran Berfikir :

Pemikiran Reflektif

Teknik :

Sumbangsaran

BBM :

Air
Debu Tanah
Papan Putih



Langkah 1
( 7 minit )

Teori Cara-cara Bertayammum

1. Guru meminta semua murid memerhati LCD Power point berkenaan dengan Tayammum

2.  Guru menjelaskan konsep dan cara-cara bertayammum



Kemahiran Berfikir ;

Menjana Idea

Teknik :

Soal jawab
Syarahan

BBM :

Debu Tanah
LCD
Microsof Power Point


Langkah 2
( 8 minit )

Amali Cara Bertayammum

1. Guru akan mendemontrasikan cara-cara bertayammum dengan diperhatikan oleh murid

2. Guru akan meminta murid melakukan cara-cara bertayammum mengikut kumpulan masing-masing
(Ketua Kumpulan)

BBM :

Benda Maujud  (Debu Tanah)

Teknik :

Tunjuk cara
Demontrasi


Langkah 3
( 5 minit )

Penilaian

Guru akan meminta murid ;

a) Menyatakan cara-cara bertayammum dengan betul.

b) Menyusun semula cara-cara bertayammum mengikut urutan yang betul


Kemahiran Berfikir :

Menyusun

BBM:
Lembaran Kerja


Penutup
( 5 minit )

Rumusan dan Refleksi

*  Islam menitikberatkan aspek solat

* Pentingnya ibadat dilakukan terutama solat walaupun ketiadaan air

* Istiqamah dalam melakukan ibadat kepada Allah

Guru mengingatkan murid supaya memastikan debu yang digunakan untuk bertayammum adalah debu yang bersih dan tidak bercampur najis.



Nilai Murni :

Kesedaran Kendiri